MASTER TEC GROUP BERHAD MENDAPAT KELULUSAN BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD (“BURSA MALAYSIA”) UNTUK MENYENARAIKAN DI
PASARAN ACE BURSA MALAYSIA
• Terbitan baru sebanyak 158.1 juta saham baru mewakili 15.5% daripada modal
saham terbitan yang diperbesarkan
• Tawaran untuk jualan 127.5 juta saham sedia ada mewakili 12.5% daripada modal
saham terbitan yang diperbesarkan
Melaka, Malaysia, 8 November 2023 – Bursa Malaysia telah melalui suratnya yang dikeluarkan kepada SJ Securities Sdn Bhd meluluskan Master Tec Group Berhad (“Master Tec”) cadangan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia. SJ Securities Sdn Bhd memainkan peranan sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin saham dan ejen penempatan saham kepada Master Tec. Master Tec menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menjelang suku pertama 2024.
Master Tec ialah pengeluar kabel dan wayar yang terlibat terutamanya dalam pembuatan dan pengedaran pelbagai jenis kabel kuasa voltan rendah (LV) yang selamat, berkualiti dan berprestasi tinggi, kabel kawalan dan instrumentasi serta kabel kuasa arus terus suria (DC) di bawah jenama MASTERTEC sejak 2009. Master Tec juga terlibat dalam perdagangan dan pengedaran pelbagai kabel kuasa voltan sederhana (MV) dan kabel gentian optik untuk memenuhi pelbagai pasaran pengguna.
IPO Master Tec melibatkan tawaran awam sebanyak 285.6 juta saham biasa yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 158.1 juta saham baru dan tawaran untuk penjualan 127.5 juta saham sedia ada. Secara kolektif 285.6 juta saham biasa mewakili 28.0% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 1.02 bilion saham biasa.
Daripada 158.1 juta saham baru, 51.0 juta saham baru akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia; dan 2.144 juta saham baru akan disediakan untuk permohonan oleh pengarah dan kakitangan Master Tec yang layak. Baki 104.956 juta saham baru akan diperuntukkan untuk penempatan daripada pelabur terpilih. Terdapat juga tawaran untuk penjualan 127.5 juta saham sedia ada yang akan diperuntukkan untuk penempatan daripada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Dato’ Lau Kim San, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Pengarah Urusan
Master Tec mengulas,
“Kami gembira kerana Bursa Malaysia telah memberikan kelulusan mereka untuk Master Tec melaksanakan cadangan IPO dan cadangan penyenaraian Master Tec selepas menilai dan mempertimbangkan merit permohonan kami. Kelulusan itu bukan sahaja mengukuhkan keyakinan pihak berkuasa terhadap kami tetapi juga membawa kami selangkah lebih dekat dengan perjalanan IPO kami. Ini datang pada masa yang sesuai kerana kami bersedia untuk memanfaatkan peluang yang luas dalam penghantaran elektrik, pengedaran dan ruang aplikasi pengguna di Malaysia dan negara-negara sekitarnya.”
Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Master Tec, Encik Tee Kok Hwa, mengulas,
“Sejak 2006, kami telah berkembang dan kini mengendalikan tiga kilang pembuatan yang mantap di Alor Gajah, Melaka yang mampu menghasilkan rangkaian komprehensif wayar dan kabel yang berkualiti, berprestasi tinggi, tahan lasak dan mematuhi keselamatan. Portfolio pelanggan kami yang pelbagai merangkumi daripada syarikat utiliti kuasa seperti Tenaga Nasional Berhad, Sarawak Energy Berhad dan Sabah Electricity Sdn Bhd, kepada pemborong elektrik, kontraktor mekanikal dan elektrik serta pemilik projek individu.”
“Dengan modal baru yang dijangka diperolehi daripada pelaksanaan IPO, kami merancang untuk menggunakan sebahagian daripada hasil IPO untuk membina dua kilang pembuatan baru di Alor Gajah, Melaka untuk menceburi dalam bidang pembuatan kabel kuasa voltan sederhana (MV). Kami menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan kami dengan menghasilkan kira-kira 3,600 tan kabel kuasa MV setahun. Kami menyasarkan untuk memulakan pengeluaran kabel kuasa MV baru menjelang suku keempat 2024.”
“Pengembangan ini akan membolehkan Master Tec menjual produknya kepada industri pembuatan yang menuntut voltan penghantaran kuasa elektrik yang lebih tinggi, seperti loji automotif, kilang pulpa dan kertas, loji fabrikasi semikonduktor, kilang keluli dan loji kimia, selain daripada syarikat utiliti kuasa. Kami juga berhasrat untuk meningkatkan hasil jualan eksport kami dengan memberi tumpuan kepada pasaran eksport yang kami sedia ada sebagai keutamaan kami, seperti Brunei, Singapura dan Thailand, untuk mengembangkan lagi perniagaan kami.”
“Dengan meningkatkan penawaran produk kami termasuk kabel kuasa MV serta meningkatkan jualan eksport kami, kami menyasarkan untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih besar dalam sektor wayar dan kabel serantau pada masa hadapan.”
MAKLUMAT MENGENAI MASTER TEC GROUP BERHAD
Ditubuhkan pada tahun 2006, Master Tec mengeluarkan dan mengedarkan pelbagai kabel kuasa voltan rendah, kabel kawalan dan instrumentasi serta saiz kabel kuasa arus terus suria yang lebih besar. Master Tec juga terlibat dalam perdagangan dan pengedaran pelbagai kabel kuasa voltan sederhana, kabel gentian optik dan saiz lebih kecil kabel kuasa arus terus suria.
Ketiga-tiga kilang pembuatan Master Tec yang serba lengkap adalah terletak di Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Master Tec mempunyai kapasiti pengeluaran kumulatif untuk menghasilkan sehingga 9,500 tan wayar dan kabel setiap tahun. Master Tec mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan sehingga maksimum 4,000 tan wayar dan kabel teras tembaga setahun dan sehingga maksimum 5,500 tan wayar dan kabel teras aluminium setahun.
Wayar dan kabel yang dihasilkan oleh Master Tec adalah berkualiti dan berprestasi tinggi. Wayar dan kabel Master Tec digunakan dalam pelbagai sektor termasuk tenaga boleh diperbaharui, pembangunan dan pembinaan hartanah, minyak dan gas, infrastruktur, pengangkutan awam, pembuatan, perindustrian, elektrik dan elektronik serta telekomunikasi.
Kenyataan akhbar ini dikeluarkan oleh: Maxamis Consultancy Services bagi pihak Master Tec Group Berhad.
Untuk sebarang pertanyaan media lanjut, sila hubungi:
Encik Tan Yap Seng
Perunding Perhubungan Pelabur dan Hubungan Media
Nombor Telefon: +6016 – 328 1828
Atau
Encik Tee Kok Hwa
Ketua Pegawai Eksekutif
Master Tec Group Berhad
Emel: khtee@mastertec.my
Nombor telefon: +606 – 316 1111 samb: 120
Alamat Syarikat:
RM 1299-A, Kawasan Perindustrian Rembia 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.